PI1M Sg Rambai mencadangkan akaun gmail sebagai akaun email anda kerana Google kini telah pun mendominasi pelbagai produk yang sedia ada kita gunakan seharian, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan sebarang telefon pintar (smartphone) yang dijanakan dengan teknologi Android.
Android adalah merupakan salah satu produk Google. Malahan, banyak lagi produk Google seperti Yourube, dan Google Maps disediakan.
Memiliki sekurang-kurangnya satu akaun Google, membolehkan kita menggunakan sepenuhnya kelebihan yang disediakan dalam setiap produk Google tersebut.
Ramai orang terkeliru antara email peribadi seperti Gmail ini dan email Facebook. Sebenarnya, email dan Facebook adalah dua perkara dan platform yang berbeza. Anda memerlukan email untuk berdaftar dengan Facebook iaitu samada email Gmail atau Yahoo Mail dan bukannya Facebook sebagai email anda.
Remaja kini, ramai yang tidak memahami konsep ini dan menganggap email telah tersedia dari dalam facebook dan tidak tahu bagaimana mendapatkan akaun Facebook sekiranya terlupa password atau digodam. Email samada Gmail atau Yahoo adalah pengantara untuk Facebok berkomunikasi dengan anda bagi ia menghantar reset password supaya anda dapat mengawal kembali laman sosial tersebut sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka.















