Social Icons

20 Ogos 2013

Pertandingan Teka Lagu Raya 2013

                               Pada Ahad (18 Ogos 2013), satu pertandingan teka lagu raya telah diadakan dengan disertai lebih 12 orang peserta. Pertandingan tersebut adalah terbuka dan majoriti peserta adalah pelajar sekolah.

Kaedah permainannya amat mudah iaitu peserta diberikan kertas soalan dan kertas jawapan. Kertas soaan mengandungi tajuk setiap lagu raya yang dimainkan. Manakala, kertas jawapan mengandungi petak untuk ditampal dengan keratan kertas soalan itu. Lagu akan dimainkan setiap satunya selama seminit. Peserta diberi gam dan gunting untuk memotong keratan kertas soalan untuk ditampal di atas ketas jawapan. Masa diberikan adalah tidak terhad dan dikira pemenang berdasarkan kepantasan menggunting dan menampal kertas serta jawapan yang tepat.

Hadiah utama pemenang adalah berupa pendrive 8GB dan hamper menjadi rebutan.

Gambar Pilihan



15 Ogos 2013

Lelong-Lelong MP3 Lagu Raya

Lebih 35 Cakera Padat (CD) MP3 Lagu Raya Edisi Terhad PERCUMA untuk pelanggan PI1M Sg Rambai. Dapatkannya hari ini sehingga Syawal 23 (30 Ogos).




07 Ogos 2013

Selamat Hari Raya !

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pengguna Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Parit Penghulu Benteng Sungai Rambai Melaka.. Diharapkan adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang semua berpuasa penuh hendaknya.. ^_^



Avril Lavinge - Pulang Di Hari Raya (Tribute to Noorkumalasari)

 


Daisypath Friendship tickers
 

Sample text

Mengenai Pi1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Lebih info di laman web SKMM

Mengenai Blog

Blog ini ditulis oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kg. Parit Penghulu bagi menyimpan kenangan dan memori PI1M ini beroperasi sejak Januari 2010 =)

Laman web rasmi : www.pi1msungairambai.digicbc.com
Laman rasmi facebook : www.facebook.com/pjksgrambai
Email : habibah_sgrambai@digicbc.com (2015 - 2016)
Email : mazulizam_sgrambai@digicbc.com (2016-sekarang)
Email : noorizwan_sgrambai@digicbc.com
 
Blogger Templates