Social Icons

19 April 2015

Daftar Akaun Google dengan Cara Yang Betul

Setiap orang perlu memiliki sekurang-kurangnya satu emel untuk kegunaan yang pelbagai. Namun, tidak semua orang tahu cara yang betul mendaftar emel baru. Tutorial ini akan menunjukkan secara asas bagaimana ingin mendaftar dan membuat akaun emel Google (Gmail).
PI1M Sg Rambai mencadangkan akaun gmail sebagai akaun email anda kerana Google kini telah pun mendominasi pelbagai produk yang sedia ada kita gunakan seharian, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan sebarang telefon pintar (smartphone) yang dijanakan dengan teknologi Android.
Android adalah merupakan salah satu produk Google. Malahan, banyak lagi produk Google seperti Yourube, dan Google Maps disediakan.
Memiliki sekurang-kurangnya satu akaun Google, membolehkan kita menggunakan sepenuhnya kelebihan yang disediakan dalam setiap produk Google tersebut.

Ramai orang terkeliru antara email peribadi seperti Gmail ini dan email Facebook. Sebenarnya, email dan Facebook adalah dua perkara dan platform yang berbeza. Anda memerlukan email untuk berdaftar dengan Facebook iaitu samada email Gmail atau Yahoo Mail dan bukannya Facebook sebagai email anda.

Remaja kini, ramai yang tidak memahami konsep ini dan menganggap email telah tersedia dari dalam facebook dan tidak tahu bagaimana mendapatkan akaun Facebook sekiranya terlupa password atau digodam. Email samada Gmail atau Yahoo adalah pengantara untuk Facebok berkomunikasi dengan anda bagi ia menghantar reset password supaya anda dapat mengawal kembali laman sosial tersebut sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka.



Dengan mendaftar Google Mail (Gmail), kita secara tidak langsung akan memiliki akaun dalam semua produk Google yang lain seperti Google Plus, Hangouts, Google Blogger dan lain-lain bergantung kepada bagaimana kita mengawal akses kepada akaun-akaun tersebut.

Berikut adalah diterangkan langkah demi langkah cara berdaftar dengan Google melalui mencipta akaun email Gmail :
1. Buka link untuk pendaftaran Gmail :Daftar Gmail

2. Isikan First Name, dan Last Name, biasanya nama selepas kita di BIN dan di BINTI kan adalah nama Last Name.

3. Ruangan yang kedua adalah Username bagi akaun Google yang ingin kita daftar. Masukkan nama akaun Google yang kita inginkan tetapi ingat petua yang diberikan seperti berikut :

i) Username perlulah ringkas dan mudah diingati seperti nama kita sendiri.
Contohnya : Nama - Nurliyana.. Maka Username : nurliyana
ii) Kebiasaanyya pengguna akan letak nombor di belakang username. Untuk kita mudah mengigati username kita, letakkan nombor tersebut sebagai tahun kelahiran
Contohnya, kelahiran adalah pada tahun 1991, maka username adalah nurliyana91 atau nurliyana1991.
iii) Jika username yang telah kita cipta ada orang telah mengambilnya seperti contoh di bawah, maka kita perlu mencipta username yang lain, asalkan kita ingat username itu dengan mudah kemudian hari.



4. Setelah berhaya memilih username yang sesuai dan tidak dimiliki oleh orang lain yang telah pun berdaftar dengan Google sebelum anda, maka tiba langkah seterusnya mencipta kata laluan atau dikenali sebagai password.

Perlu diingatkan bahawa password perlulah dalam bentuk yang sukar diteka dan tidak menggunakan password yang mudah digodam seperti senarai di bawah :



Di dalam senarai dia atas dilampirkan senarai 25 password yang mudah digodam oleh sesiapapun yang mahir menggunakan komputer. Oleh itu, PI1M Sg Rambai mencadangkan tips berikut untuk anda memikirkan sendiri password yang sesuai :

i) Password perlulah terdiri daripada gabungan HURUF dan NOMBOR
Contoh : squirrel147, triangle331, octopus350....
ii) Password perlulah dalam bentuk tidak sama sekali atau hampir sama dengan username yang kita pilih pada awal tadi.
Contohnya : 
Username : nurliyana91@gmail.com, password : nurliyana91  <-- p="" sesuai="" tidak="">
Username : nurliaya91@gmail.com, password : yana1991   <-- juga="" p="" sesuai="" tidak="">
iii) Password perlulah dalam bentuk yang mudah diingati dan mudah bagi anda sendiri ingat sampai bila-bila selagi anda tidak menukarnya. Maka fikirkan password yang sesuai..

5. Setelah menaip password yang dirasakan sesuai, taip sekali lagi untuk mengesahkan kata laluan yang anda taip di atas adalah sama sdengan yang di bawah.

6. Isikan tarikh lahir anda secara jujur. Kerana ini membolehkan anda menukar password dan mendapat kembali akaun Google anda sekiranya anda terlupa password atau dalam kes yang buruk - digodam orang asing.


7. Isikan jantina anda. Isikan no telefon yang anda gunakan secara peribadi dan bukannya no telefon orang lain. No telefon ini adalah perlu bagi tujuan pengesahan pendaftaran dan juga pengesahan identiti jika anda ingin menukar password pada masa akan datang.

8. Teruskan mengisi sampai habis dengan mengisi CAPTCHA iaitu sistem untuk membezakan manusia dengan robot serta tandakan saya bersetuju dengan terma dan syarat yang disediakan sebelum tekan butang langkah seterusnya.


9. Setelah semuanya betul dan tepat, anda akan dibawa ke laman seterusnya iaitu sama ada mengesahkan penggunaan telefon bimbit dengan memasukkan no kod yang anda akan dapat dari google selang beberapa minit atau pun terus ke akaun Gmail anda!

10. Dan akhir sekali, jika boleh, catatkan USERNAME dan PASSWORD yang telah anda daftar tadi dan simpan di tempat yang selamat seperti di dalam wallet anda. Ini bagi memastikan anda tidak lupa akan username dan password anda pada masa akan datang. Setelah anda biasa menggunakan aplikasi Gmail dengan ingatan Username dan Password yang telah kukuh, silakan buang simpanan catatan PASSWORD dan USERNAME tersebut bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya.


Sekian.
Gunakan emel dengan berhemah





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Friendship tickers
 

Sample text

Mengenai Pi1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Lebih info di laman web SKMM

Mengenai Blog

Blog ini ditulis oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kg. Parit Penghulu bagi menyimpan kenangan dan memori PI1M ini beroperasi sejak Januari 2010 =)

Laman web rasmi : www.pi1msungairambai.digicbc.com
Laman rasmi facebook : www.facebook.com/pjksgrambai
Email : habibah_sgrambai@digicbc.com (2015 - 2016)
Email : mazulizam_sgrambai@digicbc.com (2016-sekarang)
Email : noorizwan_sgrambai@digicbc.com
 
Blogger Templates