Social Icons

29 Disember 2013

5 Similarities

Kelas "5 Similarities" ini menguji peserta mengingati gambar serta mendapatkan persamaan antara dua gambar dengan tepat dan pantas. Terdapat hanya 5 persamaan dalam setiap gambar. Pemenang dikira berdasarkan markah tertinggi di akhir permainan. Peserta diberikan masa setengah jam untuk mendapatkan markah tertinggi.
Link permainan "5 Similarities": http://www.coolmath-games.com/0-5-similarities/index.html

Gambar Pilihan





22 Disember 2013

Pertandingan Beavus

Tarikh : 22 Disember 2013
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tghri

Gambar Pilihan




15 Disember 2013

Peraduan Teka Jumlah Gula-Gula

Tarikh : 15 Disember 2013
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tghri

Pengguna Pi1M Kg Parit Penghulu diberikan akses ke facebook page PI1M Sungai Rambai untuk meneka jumlah gula-gula dalam balang. Pemenang ditentukan berdasarkan nilai yang hampir dengan nilai sebenar..

Pertandingan CrossMath

Tarikh : 15 Disember 2013
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tghri

Satu pertandingan menguji kemahiran peserta mencongak di dalam matematik telah diadakan. Peserta diberikan sekeping kertas dan sebatang pen untuk mencongak soalan matematik di dalam crossmath ini. Soalan berasaskan operasi tambah, tolak darab dan bahagi. Menambahkan lagi kesukaran pertandingan ini apabila mereka diberikan soalan di dalam bentuk cerita yang mengelirukan.. hehe.. Walaubagaimanapun, semua peserta dapat menjawab soalan dengan jayanya dan pemenang hadiah utama mendapat Headphone berjenama Apple Green bernilai RM28 sahaja.. Weww~
Gambar Pilihan


10 November 2013

Pertandingan Need For Speed Most Wanted Season 2

Pertandingan NFS Most Wanted telah diadakan pada kedua kalinya dengan jumlah peserta seramai 18 orang. Pertandingan ini diadakan untuk menguji kemahiran para peserta "tackle" pasukan polis dalam perlawanan "Challenge Series". Sebanyak TIGA Challenge Series yang telah diadakan dan seramai 5 orang sebagai pemenang hadiah. Manakala selebihnya sebagai saguhati. Pemenang membawa pulang headphone berjenama, manakala tempat kedua membawa pulang fail sijil dan tempat ketiga membawa pulang "keychain" yang sangat comel.. :)

Tempat : Bilik Latihan PI1M Kg Parit Penghulu
Tarikh : 10 November 2013 (Ahad)
Masa : 10.00 pg - 1.00 Tghri
Jurugambar : Kak Maz
Pengadil : Abang Wan.

Gambar Pilihan



20 Oktober 2013

Teka Silang Kata PI1M Sg Rambai

Tarikh : 20 Oktober 2013 (Ahad)
Masa : 10.00 pg - 12.00 tghri
Tempat : PI1M Kg. Parit Penghulu

Gambar Pilihan

17 Oktober 2013

Pertandingan King Rolla & Teka Kata Klik Dengan Bijak

Tarikh : 13 Oktober 2013
Masa : 10.30 pg - 12.30 pg, 2.00 ptg - 3.00 ptg
Tempat : Bilik Latihan PI1M Kg. Parit Penghulu

03 Oktober 2013

Klik Dengan Bijak @ SK Masjid Baru Asahan

Lokasi : Dewan SK Masjid Baru
Masa : 11.00 pagi - 1.00 tghri
Jumlah Pelajar : +-60 Orang

 

17 September 2013

Time-Of-Date Clock Stopped

Jika anda mempunyai masalah seperti di bawah iaitu masa CMOS terhenti disebabkan bateri kecil di dalam laptop kehabisan, anda boleh bawa ke PI1M Sg. Rambai untuk dibaiki. InsyaAllah dengan kemahiran yang kami ada,masalah ini dapat diatasi.. Bateri hanya serendah RM 8 + Upah buka dan pasang RM 10 sahaja... ^_^


16 September 2013

Klik Dengan Bijak -" Smartphone Geo Tagging" Tayangan Video dan Gambar 1


Aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB) ini memaparkan satu video yang menceritakan bahayanya megambil gambar dengan menggunakan smartphone yang mempunyai ciri geo tagging yang di aktifkan.

Apakah Geo Tagging?
Geo Taagging berfungsi menentukan lokasi sesuatu peranti (smartphone) dengan menggunakan sistem GPS yang terbina di dalam peranti masa kini.
Jika diaktifkan untuk aplikasi mengambil gambar (camera), ia akan secara automatik melabelkan lokasi tepat/anggaran lokasi sebenar tempat gambar itu diambil. Jika seseorang upload gambar ini di internet seperti di Instagram, Foursquare dan sebagainya penjenayah boleh memuat turun gambar tersebut untuk menentukan lokasi gambar itu diambil dan sekaligus tahu di mana mereka tinggal,

Video tersebut juga menunjukkan wartawan yang mengunjungi kediaman salah seorang pengguna Foursquare yang aktif dan "mangsa" dikatakan terkejut kerana wartawan tahu banyak mengenai dirinya sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah bertemu..

Dengan hanya beberapa plugins yang boleh diperolehi secara percuma di internet, seseorang boleh menganalisis dengan mudah lokasi sebeanr gambar diambil dan boleh merancang untuk melakukan jenayah. Sungguhpun ia belum/tidak pernah berlaku di Malaysia, tapi tidak mustahil ia boleh berlaku juga di dalam negara kita..

Sumber Video dari - Youtube

08 September 2013

Pertandingan NFS Most Wanted

Tarikh : 8  September 2013
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tghri
Tempat : PI1M Kg Parit Penghulu

Pertandingan diadakan untuk menguji kemahiran peserta mengawal kenderaan yang sedia di dalam permainan Need For Speed Most Wanted. Mereka bermain menggunakan peraturan dan tetapan yang disediakan. Terdapat juga beberapa pemain yang menggunakan kereta polis sebagai "pengacau" dan juga pusingan akhir yang menguji kemahiran peserta berlumba menggunakan lori simen disamping dikerumuni oleh pemain lain yang menggunakan kereta polis untuk mengahalang perjalan mereka ke garisan penamat. Tahniah diucapkan kepada pemenang yang membawa pulang sebuah tetikus berharga RM20 dan hamper setiap satunya. :)


20 Ogos 2013

Pertandingan Teka Lagu Raya 2013

                               Pada Ahad (18 Ogos 2013), satu pertandingan teka lagu raya telah diadakan dengan disertai lebih 12 orang peserta. Pertandingan tersebut adalah terbuka dan majoriti peserta adalah pelajar sekolah.

Kaedah permainannya amat mudah iaitu peserta diberikan kertas soalan dan kertas jawapan. Kertas soaan mengandungi tajuk setiap lagu raya yang dimainkan. Manakala, kertas jawapan mengandungi petak untuk ditampal dengan keratan kertas soalan itu. Lagu akan dimainkan setiap satunya selama seminit. Peserta diberi gam dan gunting untuk memotong keratan kertas soalan untuk ditampal di atas ketas jawapan. Masa diberikan adalah tidak terhad dan dikira pemenang berdasarkan kepantasan menggunting dan menampal kertas serta jawapan yang tepat.

Hadiah utama pemenang adalah berupa pendrive 8GB dan hamper menjadi rebutan.

Gambar Pilihan



15 Ogos 2013

Lelong-Lelong MP3 Lagu Raya

Lebih 35 Cakera Padat (CD) MP3 Lagu Raya Edisi Terhad PERCUMA untuk pelanggan PI1M Sg Rambai. Dapatkannya hari ini sehingga Syawal 23 (30 Ogos).




07 Ogos 2013

Selamat Hari Raya !

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pengguna Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Parit Penghulu Benteng Sungai Rambai Melaka.. Diharapkan adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang semua berpuasa penuh hendaknya.. ^_^



Avril Lavinge - Pulang Di Hari Raya (Tribute to Noorkumalasari)

 


21 Julai 2013

Tutorial Menyalin & Mengedit Artikel Dari Internet

Tarikh : 21 Julai 2013
Masa : 10.40 pg - 11.40 pg

Tutorial ini dibuat bagi mengajar pelajar bagaimana menyalin artikel dari internet bukan secara langsung. Dewasa kini, ramai pelajar bergantung kepada internet untuk mendapatkan maklumat. Kebanyakan mereka mendapatkan maklumat hanya dengan copy & paste dari internet yang sedia ada dan ini sememangnya tidak elok diamalkan di dalam pelajaran mereka. Tutorial ini mengajar pelajar mendapatkan maklumat hanya dengan mengambil isi penting khususnya dari wikepedia.
Mereka telah membuat dua artikel mengenai Facebook dan Google.

Gambar Pilihan




15 Julai 2013

Abu Ada Ayam - Kelas ABC Tabika

Tempat : Bilik Latihan PI1M Sg Rambai
Tarikh : 15 Julai 2013
Masa : 10.00 pagi
Bagi mereka yang bukan bergelar kanak-kanak, menyertai kelas sebegini amat menyeronokkan. Ini kerana mereka berpeluang belajar dan mengenal abjad A sehingga Z dengan ditemani irama muzik yang menyeronokkan. Yang paling menariknya, muzik ini boleh didengarkan dari Youtube. Enjoy!




07 Julai 2013

16 Jun 2013

Pertandingan Spaceman Max

Pada Ahad yang lalu, Spaceman Max mengajar pelajar agar berfikir secara kritis dan kreatif alam menyelsaikan puzzle bertemakan online game ini. Peserta dikehendaki melepaskan angkasawan dari halangan seperti kotak berduri dan tilam besi untuk sampai ke pintu keluar..Pertandingan ini terbuka kepada semua kategori dan terhad kepada 9 orang sahaja..

17 Mac 2013

Pertandingan Jigsaw Puzzle for Kids

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah hingga tingkatan tiga. Pertandingan ini dijalankan menggunakan komputer secara online. Puzzle tersebut adalah sebanyak 200 keping

thejigsawpuzzle.com

Gambar Pilihan



29 Januari 2013

Kelas Photoscape

 Kelas Photoscape ini telah diadakan pada 29 Januari 2013 pada jam kira-kira 10 pagi. Pelajar diberikan pendedahan mengenai asas penggunaan perisian Photoscape. Mereka juga telah diberi tugasan mencipta satu gambar fdengan format .GIF mengikut kreativiti mereka sendiri.

Gambar Pilihan

Daisypath Friendship tickers
 

Sample text

Mengenai Pi1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Lebih info di laman web SKMM

Mengenai Blog

Blog ini ditulis oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kg. Parit Penghulu bagi menyimpan kenangan dan memori PI1M ini beroperasi sejak Januari 2010 =)

Laman web rasmi : www.pi1msungairambai.digicbc.com
Laman rasmi facebook : www.facebook.com/pjksgrambai
Email : habibah_sgrambai@digicbc.com (2015 - 2016)
Email : mazulizam_sgrambai@digicbc.com (2016-sekarang)
Email : noorizwan_sgrambai@digicbc.com
 
Blogger Templates