Social Icons

30 September 2013

Klik Dengan Bijak @ SK Teluk Rimba

Lokasi : Dewan SK Masjid Baru
Masa : 11.00 pagi - 1.00 tghri
Jumlah Pelajar : +-30 Orang


Klik Dengan Bijak - Tayangan Gambar dan Video 2

17 September 2013

Time-Of-Date Clock Stopped

Jika anda mempunyai masalah seperti di bawah iaitu masa CMOS terhenti disebabkan bateri kecil di dalam laptop kehabisan, anda boleh bawa ke PI1M Sg. Rambai untuk dibaiki. InsyaAllah dengan kemahiran yang kami ada,masalah ini dapat diatasi.. Bateri hanya serendah RM 8 + Upah buka dan pasang RM 10 sahaja... ^_^


16 September 2013

Klik Dengan Bijak -" Smartphone Geo Tagging" Tayangan Video dan Gambar 1


Aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB) ini memaparkan satu video yang menceritakan bahayanya megambil gambar dengan menggunakan smartphone yang mempunyai ciri geo tagging yang di aktifkan.

Apakah Geo Tagging?
Geo Taagging berfungsi menentukan lokasi sesuatu peranti (smartphone) dengan menggunakan sistem GPS yang terbina di dalam peranti masa kini.
Jika diaktifkan untuk aplikasi mengambil gambar (camera), ia akan secara automatik melabelkan lokasi tepat/anggaran lokasi sebenar tempat gambar itu diambil. Jika seseorang upload gambar ini di internet seperti di Instagram, Foursquare dan sebagainya penjenayah boleh memuat turun gambar tersebut untuk menentukan lokasi gambar itu diambil dan sekaligus tahu di mana mereka tinggal,

Video tersebut juga menunjukkan wartawan yang mengunjungi kediaman salah seorang pengguna Foursquare yang aktif dan "mangsa" dikatakan terkejut kerana wartawan tahu banyak mengenai dirinya sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah bertemu..

Dengan hanya beberapa plugins yang boleh diperolehi secara percuma di internet, seseorang boleh menganalisis dengan mudah lokasi sebeanr gambar diambil dan boleh merancang untuk melakukan jenayah. Sungguhpun ia belum/tidak pernah berlaku di Malaysia, tapi tidak mustahil ia boleh berlaku juga di dalam negara kita..

Sumber Video dari - Youtube

08 September 2013

Pertandingan NFS Most Wanted

Tarikh : 8  September 2013
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tghri
Tempat : PI1M Kg Parit Penghulu

Pertandingan diadakan untuk menguji kemahiran peserta mengawal kenderaan yang sedia di dalam permainan Need For Speed Most Wanted. Mereka bermain menggunakan peraturan dan tetapan yang disediakan. Terdapat juga beberapa pemain yang menggunakan kereta polis sebagai "pengacau" dan juga pusingan akhir yang menguji kemahiran peserta berlumba menggunakan lori simen disamping dikerumuni oleh pemain lain yang menggunakan kereta polis untuk mengahalang perjalan mereka ke garisan penamat. Tahniah diucapkan kepada pemenang yang membawa pulang sebuah tetikus berharga RM20 dan hamper setiap satunya. :)


Daisypath Friendship tickers
 

Sample text

Mengenai Pi1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Lebih info di laman web SKMM

Mengenai Blog

Blog ini ditulis oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kg. Parit Penghulu bagi menyimpan kenangan dan memori PI1M ini beroperasi sejak Januari 2010 =)

Laman web rasmi : www.pi1msungairambai.digicbc.com
Laman rasmi facebook : www.facebook.com/pjksgrambai
Email : habibah_sgrambai@digicbc.com (2015 - 2016)
Email : mazulizam_sgrambai@digicbc.com (2016-sekarang)
Email : noorizwan_sgrambai@digicbc.com
 
Blogger Templates