Social Icons

01 Jun 2015

Google Map yang Canggih

“Tahun lalu, sebuah kenderaan dengan kamera berdefinisi tinggi (HD) siap dipasang di atasnya mula merantau ke seluruh negara dengan satu tujuan iaitu merakam hampir semua jalan yang berada di negara ini.

Ia bagi kegunaan Street View yang menjadi sebahagian fungsi aplikasi Google Maps yang memaparkan gambar sebenar lokasi dalam peta dan kini Google Malaysia mengumumkan 90 peratus imej pemanda­ngan yang didapati di sepanjang jalan di Semenanjung Malaysia termasuk lebuh raya dan jalan bertol, jalan negeri, pusat bandar dan kawasan kejiranan berjaya dirakam.

Bukan itu saja, imej yang menunjukkan lokasi bukan jalan utama (offroad) dikumpul melalui ‘Street View Trekker’ menggunakan sistem kamera diletakkan di beg sandang juga dirakam tanpa pengetahuan anda.


Bagaimana untuk meng­akses Street View? Ia boleh diakses dengan mencari ikon berwarna jingga ‘Pegman’ di bahagian atas kanan peta dan kemudiannya leretkan ke atas jalan berwarna biru.

Antara fungsi yang ada pada Street Maps termasuk gambar berbeza yang dirakam sebelum ini memandangkan Google Street View akan terus memandu tanpa henti dan merakam gambar walaupun ia sudah melalui kawasan terbabit terutama di kawasan bandar.

Tujuannya, pengguna boleh membandingkan gambar yang dirakam tahun lalu dengan imej baru tahun ini.

Tidak dinafikan, Google memaklumkan ia memastikan privasi Google Maps akan dipatuhi dengan baik ketika pengguna menggunakan imej Street View.

Ia membangunkan teknologi sofistikated yang dapat mengaburkan wajah manusia dan plat kenderaan bagi menghalangnya dilihat individu secara ‘online’.

Ditambah pula, Google juga akan memenuhi permintaan mereka yang tidak mahu wajah atau imej mereka dipaparkan di Street View dengan menghantar permintaan tersebut melalui ‘Report a problem’ yang terdapat di bahagian bawah kanan Google Maps. Ia berikutan aplikasi berkenaan membolehkan orang ramai melihat tempat awam, termasuk kedudukan rumah dengan hanya memasukkan alamat sebelum melakukan carian menggunakan aplikasi itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cyber-Security Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, aplikasi yang dibangunkan oleh Google itu adalah selari dengan perkembangan teknologi pada masa ini. ”

petikan dipetik daripada myMetro (9/10/2014)
Daisypath Friendship tickers
 

Sample text

Mengenai Pi1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Lebih info di laman web SKMM

Mengenai Blog

Blog ini ditulis oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kg. Parit Penghulu bagi menyimpan kenangan dan memori PI1M ini beroperasi sejak Januari 2010 =)

Laman web rasmi : www.pi1msungairambai.digicbc.com
Laman rasmi facebook : www.facebook.com/pjksgrambai
Email : habibah_sgrambai@digicbc.com (2015 - 2016)
Email : mazulizam_sgrambai@digicbc.com (2016-sekarang)
Email : noorizwan_sgrambai@digicbc.com
 
Blogger Templates