Cakera keras pertama dicipta dinamakan IBM305RAMAC, sebuah mesin bersaiz generator dan lebih besar dari peti sejuk yang berada di rumah kita sekarang ini.
RAMAC bererti -Random Access Method of Accounting and in Control sebenarnya pada ketika itu iaitu pada tahun 1956 merupakan tempat untuk menyimpan inventori perakaunan.
Plat magentiknya terdiri daripada 50 keping dengan kelajuan putaran plat 1200rpm dan satu Actuator Arm untuk menulis dan membaca data.
Kapasiti storan pula adalah sebanyak 5 MegaByte. Ya, hanya 5MB sahaja bagi setiap unit RAMAC ini. Pada ketika itu iaitu zaman 50an, 5MB adalah saiz yang cukup besar dan memuaskan sesiapa sahaja. Di zaman kini, 5MB mungkin hanaya muat untuk satu lagu MP3, namun mungkin juga tidak cukup bagi MP3 yang terkini dengan format yang berkualiti tinggi.
Berdasarkan konsep RAMAC inilah bagaimana cakera keras hari ini dicipta. Kaedah menulis, menyimpan dam mebaca dari cakera keras tersebut tetap sama bagi setiap cakera keras pada hari ini.
Terknologi storan kini telah berkembang maju dengan cakera keras yang lebih nipis dan lebih kecil berbanding 60 tahun yang lalu. Kini pasaran cakera keras telah didominasi oleh pasaran Solid State Drive yang mempunyai keupayaan menulis dan membaca data dengan lebih laju, kurang menggunakan kuasa dan lebih tahan lama berbanding cakera keras biasa.
Malahan Solid Satate Drive (SSD) telah pun banyak digunakan dalam perkakasan seharian di sekelililng kita. Smartphone sama ada dijanakan dengan Android atau Apple antara contoh perkakasan yang menggunakan pernati storan SSD.
SSD vs HDD |
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan