Social Icons

12 Mac 2015

Sejarah Papan Kekunci QWERTY

Pernahkah anda terfikir mengapakah papan kekunci komputer (keyboard) di hadapan anda sekarang ini bermula dengan abjad QWERTY? Adakah anda fikir bahawa susunan ini adalah paling sesuai bagi semua orang?

Sebenarnya susunan QWERTY tersebut adalah susunan yang paling tidak sesuai ketika ia direka menyebabkan pengguna menaip dengan lebih perlahan. Ceritanya bermula ketika Christopher Latham Sholes (1868) mencipta mesin taip dengan susunan papan kekunci yang mudah digunakan oleh pengguna. Namun, Sholes bingung kerana pengguna yang menggunakan mesin taip rekaannya menekan tombol papan kekunci dengan kuat dan laju sehingga slug rosak dan tersangkut. Ini menyebabkan kerosakan mekanikal pada mesin taip tersebut
Gambaran Slug pada mesin taip
Puas memikirkan cara, Sholes mengubah susai rekaan papan kekunci kepada yang lebih rumit dengan tujuan mengelakkan dan mengurangkan kerosakan pada sistem mekanikal mesin taipnya. Sholes telah mengubahsuai susunan huruf di mesin taip tersebut dengan menjauhkan jarak antara huruf yang sering digunakan. Hasilnya, ramai pengguna gagal menaip dengan pantas dan tidak lagi menjadikan mesin taip rekaannya mudah rosak. Walaubagaimanapun, terdapat seorang yang sangat mahir menggunakan sistem baru tersebut mendapati walaupun dia menaip dengan pantas, butang kekunci tersebut tidak juga mudah rosak. Dari sini bermula papan kekunci menjadi kebiasaan orang ramai ketika itu.

Zaman penggunaan mesin taip sangat berkembang dan ramai orang menggunakannya sehingga muncul versi mesin taip yang kedua diberi nama Remington No 2. Remington No 2 mempunyai tambahan butang SHIFT bagi membolehkan kita membezakan huruf Besar dan huruf Kecil. SHIFT mendapat namanya kerana fungsi mekanikalnya tersendiri yang mengangkat carriage (komponen dalam mesin taip) untuk mencetak huruf besar pada kertas karbon seterusnya kepada kepingan kertas. Sehingga ke hari ini, nama SHIFT masih digunakan.

Ketika penggunaan papan kekunci QWERTY mula digemari, orang mula tidak merungut mengenai susunan hurufnya yang pelik. Suatu hari rekaan papan kekunci jenis baru dipanggil DVORAK direka oleh Prof August Dvorak mula diperkenalkan. Namun, ia tidak mendapat sambutan kerana pengguna telah biasa menggunakan papan kekunci jenis QWERTY. Malahan, mempelajari menggunaakn sistem papan kekunci baru DVORAK tersbut akan mengambil masa yang lama untuk mereka membiasakan diri. DVORAK akhirnya akur dengan dominasi QWERTY yang telah menambat hati pengguna bertahun lamanya.

Nama papan kekunci QWERTY diambil sempena huruf yang bermula dari permulaan papan kekunci tersebut.

Papan Kekunci QWERTY dan DVORAK. Peratus itu menunjukkan kekerapan tangan yang digunakan untuk menekan papan kekunci.
Sebenarnya, tidak kisah jenis papan kekunci mana yang digunakan, penggunaan mana-mana papan kekunci tersebut bergantung kepada kemahiran pengguna masing-masing.

DVORAK dengan tiga versi iaitu kedua-dua tangan, tangan kanan dan tangan kiri
Inilah jenis papan kekunci yang biasa kita gunaka nsehingga ke hari ini

Sumber : http://www.todayifoundout.com/index.php/2012/01/the-origin-of-the-qwerty-keyboard/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Friendship tickers
 

Sample text

Mengenai Pi1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Lebih info di laman web SKMM

Mengenai Blog

Blog ini ditulis oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kg. Parit Penghulu bagi menyimpan kenangan dan memori PI1M ini beroperasi sejak Januari 2010 =)

Laman web rasmi : www.pi1msungairambai.digicbc.com
Laman rasmi facebook : www.facebook.com/pjksgrambai
Email : habibah_sgrambai@digicbc.com (2015 - 2016)
Email : mazulizam_sgrambai@digicbc.com (2016-sekarang)
Email : noorizwan_sgrambai@digicbc.com
 
Blogger Templates