Social Icons

Kenali PI1M Sg.Rambai

Laman Rasmi Facebook PI1M Sg Rambai
Pusat Internet 1 Malaysia
Kampung Pt. Penghulu,
Sg. Rambai, Jasin, Melaka
    

KEDUDUKAN SUNGAI RAMBAI
Sungai Rambai terletak di dalam Daerah Jasin, Melaka Bandaraya Bersejarah. Sungai Rambai merupakan pekan kecil yang menjadi pintu masuk ke Melaka dan bersempadan dengan Muar, Johor Darul Takzim. Sungai Rambai dipisahkan daripada Muar oleh Sungai Kesang. Kini pekan ini boleh dihubungi dengan mudah melalui Lebuh raya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) yang menghubungkan Alor Gajah hingga Muar. Jarak perjalanannya kira-kira 30 km dari Bandar Melaka dan Muar serta 25 km dari Bandar Jasin. Pemanduan dari Bandar Melaka ke pekan ini memakan masa kira-kira 30 minit.

LOKASI PI1M Kg.Pt.Penghulu Benteng
Pusat Jalur Lebar Komuniti telah dibina di Kampung Parit Penghulu Benteng dalam mukim Sungai Rambai, Jasin Melaka.   Ia merupakan sebuah perkampungan yang berkepadatan sederhana iaitu seramai 1375 org yang terdiri daripada kaum melayu dan cina sahaja. PJK ini berkongsi tempat dengan Balairaya JKKK Sungai Rambai Tengah yang berhampiran dengan sebuah Tadika Kemas di sini.




SEJARAH KAMPUNG PARIT PENGHULU
Asal nama Kampung Parit Penghulu adalah diambil sempena dengan kampung ini dibina. Pada zaman dahulunya, tiada mesin untuk menggali parit dan orang-orang kampung telah bergotong-royong menggali parit sepanjang 2.5km yang diketuai oleh seorang penghulu yang bernama penghulu Jaafar. Orang-orang kampung telah bersepakat untuk menamakan kampung ini dengan nama Parit Penguhulu dan ianya kekal sehingga sekarang.

Kedudukannya yang jauh dari bandar Melaka hanya membolehkan penduduk di sini membeli barang-barang keperluan mereka di pekan-pekan yang berhampiran seperti di pekan Merlimau dan pekan Sungai Rambai. Ada juga penduduk di sini yang gemar bersiar-siar di bandar Melaka.

Pekan Sungai Rambai merupakan sebuah pekan kecil yang terletak bersebelahan dengan Kesang Laut iaitu bersempadan dengan daerah Muar. Di sini terdapat satu lambang kebanggaan penduduk iaitu terdapat beca gergasi yang terletak di Taman Rekreasi Sungai Rambai.

Pada waktu petang, ramai para pengunjung berkunjung di sini untuk menenangkan fikiran dan juga bersantai. di sini disediakan tempat kanak-kanak bermain seperti gelongsor, buaian dan jongkang-jongkit.


DARI PJK KINI PI1M
Semasa pembukaannya pada Januari 2010, PI1M dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK). Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. 
Bertuahlah bumi Sungai Rambai kerana inilah satu-satunya PI1M yang terdapat di Sungai Rambai khasnya. PI1M Sungai Rambai juga sinonim dikaitkan dengan Cyber Cafe biasa. Namun, antara keistimewaan kami berbanding Cyber Cafe ialah kami menjalankan aktiviti bersama pelajar dan komuniti setempat setiap bulan. Malah, semua orang dijemput hadir yang mana kebanyakan aktiviti yang kami adakan adalah percuma!





OBJEKTIF PI1M

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M), yang dicipta oleh SKMM, digunakan untuk menyediakan kolektif sambungan internet untuk masyarakat tempatan dalam kawasan-kawasan PPS.
    
                 Untuk mewujudkan kesedaran atau pendedahan tentang komputer dan teknologi internet untuk komuniti pinggir-bandar.
   
                  Membangunkan dan melaksanakan program muafakat yang ada kesan positif social dan ekonomi kepada masyarakat dan sebagai landasan dalam penyebaran pengetahuan melalui perkhidmatan komunikasi.
   
                 Kami bertujuan bahawa PI1M boleh menyumbang secara positif untuk inisiatif kebangsaan untuk mengurangkan jurang digital antara bandar dan komuniti pinggir-bandar, yang selaras dengan objektif-objektif yang digariskan dalam National Broadband Plan dan MyICMS 886.
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Friendship tickers
 

Sample text

Mengenai Pi1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Lebih info di laman web SKMM

Mengenai Blog

Blog ini ditulis oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kg. Parit Penghulu bagi menyimpan kenangan dan memori PI1M ini beroperasi sejak Januari 2010 =)

Laman web rasmi : www.pi1msungairambai.digicbc.com
Laman rasmi facebook : www.facebook.com/pjksgrambai
Email : habibah_sgrambai@digicbc.com (2015 - 2016)
Email : mazulizam_sgrambai@digicbc.com (2016-sekarang)
Email : noorizwan_sgrambai@digicbc.com
 
Blogger Templates