Social Icons

19 April 2015

Cakera Keras Pertama

Cakera keras atau ;ebih dikenali dalam bahasa inggerinsya Hard Disk (HDD) merupakan satu perkakasan yang terdapat di dalam sesebuah kpmputer/laptop umumnya berfungsi sebagai storan. Di dalam nya terdapat beberapa plat magnetik yang berfungis menyimpan data dalam bentuk bit elektromagnet di atas plat tersebut. Namun, generasi kini tidak mengenali mengenai apakah ciri-ciri asal cakera keras pertama dicipta.

Cakera keras pertama dicipta dinamakan IBM305RAMAC, sebuah mesin bersaiz generator dan lebih besar dari peti sejuk yang berada di rumah kita sekarang ini.

RAMAC bererti -Random Access Method of Accounting and in Control sebenarnya pada ketika itu iaitu pada tahun 1956 merupakan tempat untuk menyimpan inventori perakaunan.

Plat magentiknya terdiri daripada 50 keping dengan kelajuan putaran plat 1200rpm dan satu Actuator Arm untuk menulis dan membaca data.

Kapasiti storan pula adalah sebanyak 5 MegaByte. Ya, hanya 5MB sahaja bagi setiap unit RAMAC ini. Pada ketika itu iaitu zaman 50an, 5MB adalah saiz yang cukup besar dan memuaskan sesiapa sahaja. Di zaman kini, 5MB mungkin hanaya muat untuk satu lagu MP3, namun mungkin juga tidak cukup bagi MP3 yang terkini dengan format yang berkualiti tinggi.

Berdasarkan konsep RAMAC inilah bagaimana cakera keras hari ini dicipta. Kaedah menulis, menyimpan dam mebaca dari cakera keras tersebut tetap sama bagi setiap cakera keras pada hari ini.

Terknologi storan kini telah berkembang maju dengan cakera keras yang lebih nipis dan lebih kecil berbanding 60 tahun yang lalu. Kini pasaran cakera keras telah didominasi oleh pasaran Solid State Drive yang mempunyai keupayaan menulis dan membaca data dengan lebih laju, kurang menggunakan kuasa dan lebih tahan lama berbanding cakera keras biasa.
Malahan Solid Satate Drive (SSD) telah pun banyak digunakan dalam perkakasan seharian di sekelililng kita. Smartphone sama ada dijanakan dengan Android atau Apple antara contoh perkakasan yang menggunakan pernati storan SSD.

SSD vs HDD

Sumber

12 Mac 2015

Sejarah Papan Kekunci QWERTY

Pernahkah anda terfikir mengapakah papan kekunci komputer (keyboard) di hadapan anda sekarang ini bermula dengan abjad QWERTY? Adakah anda fikir bahawa susunan ini adalah paling sesuai bagi semua orang?

Sebenarnya susunan QWERTY tersebut adalah susunan yang paling tidak sesuai ketika ia direka menyebabkan pengguna menaip dengan lebih perlahan. Ceritanya bermula ketika Christopher Latham Sholes (1868) mencipta mesin taip dengan susunan papan kekunci yang mudah digunakan oleh pengguna. Namun, Sholes bingung kerana pengguna yang menggunakan mesin taip rekaannya menekan tombol papan kekunci dengan kuat dan laju sehingga slug rosak dan tersangkut. Ini menyebabkan kerosakan mekanikal pada mesin taip tersebut
Gambaran Slug pada mesin taip
Puas memikirkan cara, Sholes mengubah susai rekaan papan kekunci kepada yang lebih rumit dengan tujuan mengelakkan dan mengurangkan kerosakan pada sistem mekanikal mesin taipnya. Sholes telah mengubahsuai susunan huruf di mesin taip tersebut dengan menjauhkan jarak antara huruf yang sering digunakan. Hasilnya, ramai pengguna gagal menaip dengan pantas dan tidak lagi menjadikan mesin taip rekaannya mudah rosak. Walaubagaimanapun, terdapat seorang yang sangat mahir menggunakan sistem baru tersebut mendapati walaupun dia menaip dengan pantas, butang kekunci tersebut tidak juga mudah rosak. Dari sini bermula papan kekunci menjadi kebiasaan orang ramai ketika itu.

28 Februari 2015

Mini Sukaneka

Tarikh : 28 Februari 2015
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tghri 
Gambar Pilihan



15 Januari 2015

Orang Ikhlas Tertindas?


Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…

Lalu saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih ‘dalam’ dan sukar  daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada seseorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.

Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah…

Orang Ikhlas Tertindas?


20 November 2014

Pertandingan Mewarna Tabika Kemas

Tarikh : 20 November 2014
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tghri
Tempat : Tabika Kemas Pt Penghulu
Gambar Pilihan : -




Daisypath Friendship tickers
 

Sample text

Mengenai Pi1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Lebih info di laman web SKMM

Mengenai Blog

Blog ini ditulis oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kg. Parit Penghulu bagi menyimpan kenangan dan memori PI1M ini beroperasi sejak Januari 2010 =)

Laman web rasmi : www.pi1msungairambai.digicbc.com
Laman rasmi facebook : www.facebook.com/pjksgrambai
Email : habibah_sgrambai@digicbc.com (2015 - 2016)
Email : mazulizam_sgrambai@digicbc.com (2016-sekarang)
Email : noorizwan_sgrambai@digicbc.com
 
Blogger Templates