Social Icons

11 September 2016

Paint.Net - Mewarna

Tarikh : 11 September 2016
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tghari

Satu tutorial ringkas mewarna menggunakan perisian Paint.Net : http://www.getpaint.net/index.html telah diadakan. Tutorial ringkas ini memberi pendedahan kepada peserta akan kaedah mewarna gambar tanpa menggunakan kertas. Satu pertandingan ringkas sempena Hari Malaysia menentukan warna paling kreatif dan cantik ditentukan dan mendapat hadiah berupa Top Up Digi RM10 bagi pemenang. Secara keseluruhan, aktiviti ini mendapat reaksi positif dari para peserta kerana teknik ini amatlah penting dan merupakan asas dalam mengubah suai gambar di dalam perisian yang lebih kompleks seperti Photoshop.. 

Gambar Pilihan






13 Ogos 2016

Jigsaw Puzzle Online

Tarikh : 13 Ogos 2016
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang

Satu pertandingan puzzle online telah diadakan. Pertandingan ini menguji kepantasan peserta memasang puzzle secara maya di dalam komputer. Ia memerlukan kemahiran berfikir secara logik & kreatif. Pemenang diberi peluang memiliki salah satu barang di dalam rak jualan yang disediakan di dalam PI1M ini :)


Gambar Pilihan







29 Julai 2016

Jamuan Aidilfitri Tabika Kemas Parit Penghulu

Tarikh : 29 Julai 2016
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengahari

Tabika Kemas Pt Penghulu dengan kerjasama PI1M Kg Parit Penghulu mengadakan jamuan sempena hari raya tahun 2016. Pelbagai juadaha menarik disumbangkan oleh ibu bapa para pelajar tabika disediakan. Majlis dimulai dengan bacaan doa & selawat diketuai imam masjid Pt Penghulu (Hj. Asran Kasir) dan doa makan diketuai oleh salah seorang pelajar tabika kemas tersebut. Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dengan hadiah sumbangan pihak PI1M :)

Gambar Pilihan


19 Julai 2016

Apa di Dalam Cakera Liut [Hard Disk]?

Sekiranya sesebuah cakera liut (Hard Disk) dibuka untuk dilihat komponen di dalamnya, secara langsung hard disk tersebut tidak boleh digunakan lagi. Umumnya, hard disk direka dan diapsang di dalam bilik kedap udara dengan udara paling bersih sekurangnya 99.9% bebas bendasing. Sekiranya sebutir habuk yang tidak dapat dilihat di mata kasar masuk ke dalam komponen hard disk ini, hard disk tersebut terus tidak boleh digunapakai lagi dan dianggap rosak. Namun, gambar di bawah menunjukkan sebuah hard disk yang telah rosak dibuka untuk melihat komponen di dalamnya..


02 Julai 2016

Taklimat Pemasangan & Penyelenggaraan Komputer

Tarikh : 25 - 26 Jun 2016 (Sesi 1) & 2 - 3 Julai 2016
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pejabat KEMAS Parit Jawa, Muar

Program ini adalah kerjasama dengan dua PI1M iaitu PI1M Sungai Rambai & PI1M Serkam. Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) juga disertakan semasa taklimat pemasangan komputer ini.
Jumlah peserta 25 orang

Gambar Pilihan




29 Mei 2016

Top Up Digi kini dijual di Pi1M Sungai Rambai

Top up anda kering? Reload lah telco DiGi anda dengan top up yang kini boleh diperolehi di Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kg Parit Penghulu.
Pek Sim dan khidmat pendaftaran nombor baru  digi Smart Prepaid juga disediakan! Harga bermula RM10.00 sahaja



*selagi stok masih ada

16 Mei 2016

Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu

Tarikh : 16 Mei 2016
Masa : 8 pagi
Tempat : Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu

Gambar Pilihan


Daisypath Friendship tickers
 

Sample text

Mengenai Pi1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Lebih info di laman web SKMM

Mengenai Blog

Blog ini ditulis oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kg. Parit Penghulu bagi menyimpan kenangan dan memori PI1M ini beroperasi sejak Januari 2010 =)

Laman web rasmi : www.pi1msungairambai.digicbc.com
Laman rasmi facebook : www.facebook.com/pjksgrambai
Email : habibah_sgrambai@digicbc.com (2015 - 2016)
Email : mazulizam_sgrambai@digicbc.com (2016-sekarang)
Email : noorizwan_sgrambai@digicbc.com
 
Blogger Templates