Sekiranya sesebuah cakera liut (Hard Disk) dibuka untuk dilihat komponen di dalamnya, secara langsung hard disk tersebut tidak boleh digunakan lagi. Umumnya, hard disk direka dan diapsang di dalam bilik kedap udara dengan udara paling bersih sekurangnya 99.9% bebas bendasing. Sekiranya sebutir habuk yang tidak dapat dilihat di mata kasar masuk ke dalam komponen hard disk ini, hard disk tersebut terus tidak boleh digunapakai lagi dan dianggap rosak. Namun, gambar di bawah menunjukkan sebuah hard disk yang telah rosak dibuka untuk melihat komponen di dalamnya..
Terdapat plat di dalam hard disk ini yang berputar sekurang-kurangnya 5200 putaran seminit. Dengan kelajuan putaran itu tidak hairanlah mengapa pembinaan hard disk ini sangat kompleks dan memerlukan ketelitian dan penjagaan yang betul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan