Pada Ahad (18 Ogos 2013), satu pertandingan teka lagu raya telah diadakan dengan disertai lebih 12 orang peserta. Pertandingan tersebut adalah terbuka dan majoriti peserta adalah pelajar sekolah.
Kaedah permainannya amat mudah iaitu peserta diberikan kertas soalan dan kertas jawapan. Kertas soaan mengandungi tajuk setiap lagu raya yang dimainkan. Manakala, kertas jawapan mengandungi petak untuk ditampal dengan keratan kertas soalan itu. Lagu akan dimainkan setiap satunya selama seminit. Peserta diberi gam dan gunting untuk memotong keratan kertas soalan untuk ditampal di atas ketas jawapan. Masa diberikan adalah tidak terhad dan dikira pemenang berdasarkan kepantasan menggunting dan menampal kertas serta jawapan yang tepat.
Hadiah utama pemenang adalah berupa pendrive 8GB dan hamper menjadi rebutan.
Gambar Pilihan
Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Tiada Graviti
-
Bila sudah tiada graviti antara kita, terasa sunyi walau depan mata.
Baca lagi »
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan