Social Icons

17 Mac 2010

Program Cuti Sekolah

Pada 16 Mac 2010 yang lalu, Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Sg. Rambai telah mengadakan Program Celik It dan Indoor Game (Mewarna Dan Mencipta Kad Ucapan Menggunakan Perisian Komputer). Tujuan program ini diadakan adalah bagi memperkenalkan kanak-kanak Kg Sg. Rambai dalam bidang ICT disamping menarik minat mereka untuk mempelajari komputer. Selain itu program ini juga bertujuan untuk mempromosikan Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Sg. Rambai.

Pertandingan ini bertempat di PI1M Pt. Penghulu Benteng, Sg. Rambai, Jasin, Melaka. Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar sekolah menengah, sekolah rendah dan pra sekolah. Yuran sebanyak RM 2 dikenakan bagi setiap peserta. Bagi memeriahkan program ini, pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori A, 13-17 tahun, kategori B, 7-12 tahun dan kategori C bawah 7 tahun. Bagi kategori A, peserta diberi masa satu jam dan dikehendaki mencipta kad ucapan menggunakan Microsoft Publisher 2007. Manakala peserta kategori B, mereka diberi masa setengah jam dan dikehendaki mewarnakan lukisan dengan menyelesaikan kiraan matematik melalui perisian e-pelajaran. Kanak-kanak di bawah 7 tahun pula dikehendaki mewarnakan gambar yang disediakan menggunakan warna pensel sahaja.

Hadiah diberikan kepada para pemenang pada akhir majlis iaitu pada jam 5.30 petang. Pemenang tempat pertama bagi kategori A jatuh kepada Nur Hanis, 14 tahun. Diikuti oleh tempat kedua, Zahin Kamal, 17 tahun dan tempat ketiga dimenangi oleh Shahnizam, 16 tahun. Bagi kategori B pula, tempat pertama dimenangi oleh Mohd Faiz B. Kamal, 10 tahun. Tempat kedua pula jatuh kepada Muhd Khairul Ikhmal, 12 tahun,dan tempat ketiga dimenangi oleh Norsyahirah, 10 tahun. Bagi kategori C, tempat pertama dirangkul oleh M. Ijan Bin Zainal, 6 tahun. Tempat kedua pula dimenangi oleh Muhammad Adam Bin Zulkifli, 6 tahun, dan tempat ketiga pula dimenangi oleh M. Ikhmal, 6 tahun. Untuk kategori indoor game, pemenang adalah Mohd. Hazlami.

Di akhir program, kami menyelitkan sedikit ceramah berkenaan kebaikan dan tujuan Pusat Jalur Lebar Komuniti ditubuhkan. Kami juga memberi sedikit penghargaan kepada ahli PI1M Kg. Umbai berupa cabutan nombor bertuah. Sebanyak 3 orang ahli telah memenangi cabutan nombor bertuah ini.Semoga program ini memberi kebaikan kepada penduduk komuniti di sini disamping dapat memberi manfaat kepada PI1M Kg. Umbai. Harapan kami agar program seperti ini akan sentiasa mendapat sambutan dan dorongan dari semua pihak. Sekian, terima kasih.

Daisypath Friendship tickers
 

Sample text

Mengenai Pi1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Lebih info di laman web SKMM

Mengenai Blog

Blog ini ditulis oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kg. Parit Penghulu bagi menyimpan kenangan dan memori PI1M ini beroperasi sejak Januari 2010 =)

Laman web rasmi : www.pi1msungairambai.digicbc.com
Laman rasmi facebook : www.facebook.com/pjksgrambai
Email : habibah_sgrambai@digicbc.com (2015 - 2016)
Email : mazulizam_sgrambai@digicbc.com (2016-sekarang)
Email : noorizwan_sgrambai@digicbc.com
 
Blogger Templates