Social Icons

25 Februari 2017

The Foos.com (daripada Code.Org) - Asas Pengaturcaraan Sambil Bermain

Tarikh : 25 Feb 2017
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tghri

The Foos.com merupakan satu permainan flash (flash-game) yang menguji kemahiran peserta dari segi pengaturcaraan logik. Secara asasnya permainan ini menjana daya pemikiran peserta menyelsaikan puzzle dengan logik algorithma. Sekaligus mendedahkan mereka kepada kemahiran asas pengaturcaraan komputer.

Permainan seumpama ini dan banyak lagi boleh didapati daripada laman web code.org. Code.org menyediakan banyak permainan berasaskan pengaturcaraan sesuai bagi semua murid dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Code.org adalah bukan sesuatu yang baru. Ia telah lama diperkenalkan lebih 100 buah sekolah di seluruh dunia dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar dan guru dalam mendalami ilmu pengaturcaraan.
Diharapkan dengan terbawanya konsep permainan dari luar ini bakal membentuk generasi akan datang akan kemahiran pengaturcaraan yang bakal digunapakai dalam banyak bidang pekerjaan menjelang tahun 2020 :)

Video

Gambar Pilihan



14 Januari 2017

Spritebox (Pengaturcaraan Komputer untuk Pelajar Sekolah Rendah)

Tarikh : 14 Jan 2017
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tghari

Spritebox merupakan satu permainan flash browser berkonsepkan commands dalam pengaturcaraan komputer. Ia menguji kemahiran berfikir secara logik mengarahkan karakter menyelesaikan puzzle dalam setiap peringkat. Menjelang 2020, permintaan industri ke atas pakar pengaturcaraan komputer bakal meningkat. Permainan ini mendedahkan pelajar akan asas pengaturcaraan yang diharapkan akan menjadi pembuka minda generasi akan datang.. 

Gambar Pilihan


31 Disember 2016

Asas Pengaturcaraan untuk pelajar 12 - 25 tahun - Lightbot

LIGHTBOT merupakan salah satu permainan dalam talian berasaskan flash game yang boleh diperolehi dariapda laman rasmi code.org (sebuah laman web yang menawarkan permainan asas pengaturcaraan). Permainan lightbot ini menguji logical thinking peserta dalam menyelesaikan puzzle tersebut. Keseluruhan aktiviti mendapat sambutan yang hangat dan peserta mengharapkan permainan seumpama ini pada masa akan datang....

Gambar Pilihan




27 November 2016

Hari Bersama Komuniti (Video)




Hari Bersama Komuniti 2016 telah diadakan di PI1M Kg Parit Penghulu dengan bertujuan mempromosikan perkhidmatan PI1M kepada seluruh warga Sungai Rambai dan sekitarnya. Program ini telah berjalan dari jam 7.30 pagi sehingga 6.00 petang ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan jumlah pengunjung lebih 250 orang.

Majlis diserikan dengan pertandigan sukaneka lebih 18 acara disertai oleh penduduk sekitar, staf PI1M, staf DiGi dan staf Creative Century Management Sdn Bhd.

Hadiah disumbangkan oleh pihak DiGi dan pihak Creative Century Management Sdn Bhd.

Lebih 100 Sim pack prabayar disumbangkan oleh pihak DiGi Telecommunications Sdn Bhd sempena hari bersama komuniti PI1M Kg Parit Penghulu.

Pihak PI1M Kg Parit Penghulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat bersama-sama menjayakan majlis ini.

Galeri gambar penuh di facebook rasmi PI1M Kg Parit Penghulu

06 November 2016

Muruku Ikan PoPo (1975 & 2012)


Muruku Ikan berjenama PoPo, atau ringkasnya muruku PoPo, ialah sejenis makanan ringan buatan Malaysia yang boleh dikatakan popular sehinggakan wujudnya versi tiruan! Jenama muruku PoPo ini telah wujud sejak 1975 dengan menggunakan tanda niaga berdaftar imej bayi meniarap. Pada bungkusan kecil muruku PoPo yang sah, tercetak tulisan besar "Barangan Asli" di samping ayat peringatan yang sangat serius untuk mana-mana pembungkus makanan ringan, iaitu "Jangan Tertipu Dengan Keluaran Tiruan. Beware Of Imitation". Begitulah kuatnya pengaruh muruku PoPo dalam pasaran makanan ringan tempatan!

14 Oktober 2016

MAJLIS PERASMIAN DAN HARI TERBUKA PI1M KG. TERENTANG

Majlis Perasmian Dan Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kg. Terentang bertujuan untuk merasmikan PI1M Kg. Terentang yang telah beroperasi semenjak mei 2015. Majlis ini dirasmikan oleh Yb Datuk Wira Haji Ghazale Bin Muhamad , Timbalan Exco Kewangan, Tanah, Perancangan Ekonomi, Pelaburan Dan Perindustrian, Hal Ehwal Agama, Warisan, Pembangunan Belia Dan Pelancongan Merangkap ADUN RIM dan dihadiri oleh beberapa lagi wakil daripada Digi Telekomunikasi Sdn Bhd , Creative Century Management Sdn Bhd, Penduduk Kampung..

Tarikh : 14 Oktober 2016 (Jumaat)

Masa : 7.30 pagi - 12.30 tghri

05 Oktober 2016

Youtube Kids kini di Malaysia

Google kini memperkenalkan aplikasi Youtube kids (YT Kids) untuk dimuat turun & digunakan dalam pasaran tempatan. Melalui aplikasi ini, YT Kids boleh menyesuaikan kandungan untuk tontonan kanak-kanak. Ia juga membantu ibu bapa mengawal apa yang ditonton oleh anak-anak.

YouTube Kids
Ia mempunyai fungsi disable search yang boleh mengurangkan kemungkinan kanak-kanak mencari sesuatu yang tidak sesuai bagi mereka di Youtube. Aplikasi ini sesuai bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang gemar menonton youtube. Selepas ini, Youtube boleh lah dimatikan atau di buang terus dari telefon/tablet :)
Daisypath Friendship tickers
 

Sample text

Mengenai Pi1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Lebih info di laman web SKMM

Mengenai Blog

Blog ini ditulis oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kg. Parit Penghulu bagi menyimpan kenangan dan memori PI1M ini beroperasi sejak Januari 2010 =)

Laman web rasmi : www.pi1msungairambai.digicbc.com
Laman rasmi facebook : www.facebook.com/pjksgrambai
Email : habibah_sgrambai@digicbc.com (2015 - 2016)
Email : mazulizam_sgrambai@digicbc.com (2016-sekarang)
Email : noorizwan_sgrambai@digicbc.com
 
Blogger Templates