LIGHTBOT merupakan salah satu permainan dalam talian berasaskan flash game yang boleh diperolehi dariapda laman rasmi code.org (sebuah laman web yang menawarkan permainan asas pengaturcaraan). Permainan lightbot ini menguji logical thinking peserta dalam menyelesaikan puzzle tersebut. Keseluruhan aktiviti mendapat sambutan yang hangat dan peserta mengharapkan permainan seumpama ini pada masa akan datang....
Hari Bersama Komuniti 2016 telah diadakan di PI1M Kg Parit Penghulu dengan bertujuan mempromosikan perkhidmatan PI1M kepada seluruh warga Sungai Rambai dan sekitarnya. Program ini telah berjalan dari jam 7.30 pagi sehingga 6.00 petang ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan jumlah pengunjung lebih 250 orang.
Majlis diserikan dengan pertandigan sukaneka lebih 18 acara disertai oleh penduduk sekitar, staf PI1M, staf DiGi dan staf Creative Century Management Sdn Bhd.
Hadiah disumbangkan oleh pihak DiGi dan pihak Creative Century Management Sdn Bhd.
Lebih 100 Sim pack prabayar disumbangkan oleh pihak DiGi Telecommunications Sdn Bhd sempena hari bersama komuniti PI1M Kg Parit Penghulu.
Pihak PI1M Kg Parit Penghulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat bersama-sama menjayakan majlis ini.
Muruku Ikan berjenama PoPo, atau ringkasnya muruku PoPo, ialah sejenis makanan ringan buatan Malaysia yang boleh dikatakan popular sehinggakan wujudnya versi tiruan! Jenama muruku PoPo ini telah wujud sejak 1975 dengan menggunakan tanda niaga berdaftar imej bayi meniarap. Pada bungkusan kecil muruku PoPo yang sah, tercetak tulisan besar "Barangan Asli" di samping ayat peringatan yang sangat serius untuk mana-mana pembungkus makanan ringan, iaitu "Jangan Tertipu Dengan Keluaran Tiruan. Beware Of Imitation". Begitulah kuatnya pengaruh muruku PoPo dalam pasaran makanan ringan tempatan!
Majlis Perasmian Dan Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kg. Terentang bertujuan untuk merasmikan PI1M Kg. Terentang yang telah beroperasi semenjak mei 2015. Majlis ini dirasmikan oleh Yb Datuk Wira Haji Ghazale Bin Muhamad , Timbalan Exco Kewangan, Tanah, Perancangan Ekonomi, Pelaburan Dan Perindustrian, Hal Ehwal Agama, Warisan, Pembangunan Belia Dan Pelancongan Merangkap ADUN RIM dan dihadiri oleh beberapa lagi wakil daripada Digi Telekomunikasi Sdn Bhd , Creative Century Management Sdn Bhd, Penduduk Kampung.. Tarikh : 14 Oktober 2016 (Jumaat) Masa : 7.30 pagi - 12.30 tghri
Google kini memperkenalkan aplikasi Youtube kids (YT Kids) untuk dimuat turun & digunakan dalam pasaran tempatan. Melalui aplikasi ini, YT Kids boleh menyesuaikan kandungan untuk tontonan kanak-kanak. Ia juga membantu ibu bapa mengawal apa yang ditonton oleh anak-anak.
Ia mempunyai fungsi disable search yang boleh mengurangkan kemungkinan kanak-kanak mencari sesuatu yang tidak sesuai bagi mereka di Youtube. Aplikasi ini sesuai bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang gemar menonton youtube. Selepas ini, Youtube boleh lah dimatikan atau di buang terus dari telefon/tablet :)
Satu tutorial ringkas mewarna menggunakan perisian Paint.Net : http://www.getpaint.net/index.html telah diadakan. Tutorial ringkas ini memberi pendedahan kepada peserta akan kaedah mewarna gambar tanpa menggunakan kertas. Satu pertandingan ringkas sempena Hari Malaysia menentukan warna paling kreatif dan cantik ditentukan dan mendapat hadiah berupa Top Up Digi RM10 bagi pemenang. Secara keseluruhan, aktiviti ini mendapat reaksi positif dari para peserta kerana teknik ini amatlah penting dan merupakan asas dalam mengubah suai gambar di dalam perisian yang lebih kompleks seperti Photoshop..
Tarikh : 13 Ogos 2016
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Satu pertandingan puzzle online telah diadakan. Pertandingan ini menguji kepantasan peserta memasang puzzle secara maya di dalam komputer. Ia memerlukan kemahiran berfikir secara logik & kreatif. Pemenang diberi peluang memiliki salah satu barang di dalam rak jualan yang disediakan di dalam PI1M ini :)
Tarikh : 29 Julai 2016
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Tabika Kemas Pt Penghulu dengan kerjasama PI1M Kg Parit Penghulu mengadakan jamuan sempena hari raya tahun 2016. Pelbagai juadaha menarik disumbangkan oleh ibu bapa para pelajar tabika disediakan. Majlis dimulai dengan bacaan doa & selawat diketuai imam masjid Pt Penghulu (Hj. Asran Kasir) dan doa makan diketuai oleh salah seorang pelajar tabika kemas tersebut. Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dengan hadiah sumbangan pihak PI1M :)
Sekiranya sesebuah cakera liut (Hard Disk) dibuka untuk dilihat komponen di dalamnya, secara langsung hard disk tersebut tidak boleh digunakan lagi. Umumnya, hard disk direka dan diapsang di dalam bilik kedap udara dengan udara paling bersih sekurangnya 99.9% bebas bendasing. Sekiranya sebutir habuk yang tidak dapat dilihat di mata kasar masuk ke dalam komponen hard disk ini, hard disk tersebut terus tidak boleh digunapakai lagi dan dianggap rosak. Namun, gambar di bawah menunjukkan sebuah hard disk yang telah rosak dibuka untuk melihat komponen di dalamnya..
Tarikh : 25 - 26 Jun 2016 (Sesi 1) & 2 - 3 Julai 2016
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pejabat KEMAS Parit Jawa, Muar
Program ini adalah kerjasama dengan dua PI1M iaitu PI1M Sungai Rambai & PI1M Serkam. Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) juga disertakan semasa taklimat pemasangan komputer ini.
Jumlah peserta 25 orang
Mulai 1 Jan 2016, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg Parit Penghulu akan memberi penggunaan internet percuma selama sejam kepada semua pelanggan pada setiap hari jumaat (9 pagi - 12.30 tghri).
Insentif ini diberikan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke PI1M kami sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang penuh ke atas penubuhan PI1M di Kampung ini.
Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.
Lebih info di laman web SKMM
Mengenai Blog
Blog ini ditulis oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kg. Parit Penghulu bagi menyimpan kenangan dan memori PI1M ini beroperasi sejak Januari 2010 =)