Social Icons

27 November 2016

Hari Bersama Komuniti (Video)




Hari Bersama Komuniti 2016 telah diadakan di PI1M Kg Parit Penghulu dengan bertujuan mempromosikan perkhidmatan PI1M kepada seluruh warga Sungai Rambai dan sekitarnya. Program ini telah berjalan dari jam 7.30 pagi sehingga 6.00 petang ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan jumlah pengunjung lebih 250 orang.

Majlis diserikan dengan pertandigan sukaneka lebih 18 acara disertai oleh penduduk sekitar, staf PI1M, staf DiGi dan staf Creative Century Management Sdn Bhd.

Hadiah disumbangkan oleh pihak DiGi dan pihak Creative Century Management Sdn Bhd.

Lebih 100 Sim pack prabayar disumbangkan oleh pihak DiGi Telecommunications Sdn Bhd sempena hari bersama komuniti PI1M Kg Parit Penghulu.

Pihak PI1M Kg Parit Penghulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat bersama-sama menjayakan majlis ini.

Galeri gambar penuh di facebook rasmi PI1M Kg Parit Penghulu

06 November 2016

Muruku Ikan PoPo (1975 & 2012)


Muruku Ikan berjenama PoPo, atau ringkasnya muruku PoPo, ialah sejenis makanan ringan buatan Malaysia yang boleh dikatakan popular sehinggakan wujudnya versi tiruan! Jenama muruku PoPo ini telah wujud sejak 1975 dengan menggunakan tanda niaga berdaftar imej bayi meniarap. Pada bungkusan kecil muruku PoPo yang sah, tercetak tulisan besar "Barangan Asli" di samping ayat peringatan yang sangat serius untuk mana-mana pembungkus makanan ringan, iaitu "Jangan Tertipu Dengan Keluaran Tiruan. Beware Of Imitation". Begitulah kuatnya pengaruh muruku PoPo dalam pasaran makanan ringan tempatan!
Daisypath Friendship tickers
 

Sample text

Mengenai Pi1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Lebih info di laman web SKMM

Mengenai Blog

Blog ini ditulis oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kg. Parit Penghulu bagi menyimpan kenangan dan memori PI1M ini beroperasi sejak Januari 2010 =)

Laman web rasmi : www.pi1msungairambai.digicbc.com
Laman rasmi facebook : www.facebook.com/pjksgrambai
Email : habibah_sgrambai@digicbc.com (2015 - 2016)
Email : mazulizam_sgrambai@digicbc.com (2016-sekarang)
Email : noorizwan_sgrambai@digicbc.com
 
Blogger Templates