FORTINET memberi amaran kepada pengguna Malaysia mengenai satu kerentanan kritikal yang didapati dalam sistem operasi Android akan membolehkan penggodam memperoleh akses kepada peranti mudah alih mereka dengan hanya menggunakan mesej multimedia tunggal.
Disifatkan sebagai 'salah satu ancaman paling kritikal yang ditemui dalam Android setakat ini', ‘Stagefright’ membolehkan telefon digodam dengan hanya satu MMS berniat jahat.
Penyelidik Keselamatan di FortiGuard Labs Fortinet, Ruchna Nigam berkata, paling mengejutkan adalah mangsa tidak perlu membuka mesej atau menonton video tersebut untuk mengaktifkannya.
‘Stagefright’ boleh menyerang sebarang telefon pintar, tablet atau peranti lain yang menggunakan Android 2.2 atau ke atas.
“Ini meletakkan 95 peratus peranti Android dalam risiko untuk ‘dirampas’. Kedudukannya yang mudah terdedah kepada ancaman dianggap amat serius memandangkan ia boleh dieksploitasi tanpa sebarang interaksi pengguna,” kata. “Serangan dan
malware lain untuk telefon Android biasanya memerlukan interaksi pengguna seperti memasang satu aplikasi, mengklik satu pautan atau membuka satu MMS.
Apa yang lebih teruk lagi adalah mesej yang diterima itu juga boleh dipadamkan, tanpa meninggalkan sebarang kesan percubaan serangan pada telefon mangsa itu.”
Buasir Otak TV: Roblox - Obby Mount Piece bertema One Piece LIVE
-
Jom kita mendaki Mount Piece yang diadaptasi dari cerita One Piece dalam
game Roblox MOUNT PIECE. Jom tonton animasi ini.
Baca lagi »
3 hari yang lalu



