Aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB) ini memaparkan satu video yang menceritakan bahayanya megambil gambar dengan menggunakan smartphone yang mempunyai ciri geo tagging yang di aktifkan.
Apakah Geo Tagging?
Geo Taagging berfungsi menentukan lokasi sesuatu peranti (smartphone) dengan menggunakan sistem GPS yang terbina di dalam peranti masa kini.
Jika diaktifkan untuk aplikasi mengambil gambar (camera), ia akan secara automatik melabelkan lokasi tepat/anggaran lokasi sebenar tempat gambar itu diambil. Jika seseorang upload gambar ini di internet seperti di Instagram, Foursquare dan sebagainya penjenayah boleh memuat turun gambar tersebut untuk menentukan lokasi gambar itu diambil dan sekaligus tahu di mana mereka tinggal,
Video tersebut juga menunjukkan wartawan yang mengunjungi kediaman salah seorang pengguna Foursquare yang aktif dan "mangsa" dikatakan terkejut kerana wartawan tahu banyak mengenai dirinya sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah bertemu..
Dengan hanya beberapa
plugins yang boleh diperolehi secara percuma di internet, seseorang boleh menganalisis dengan mudah lokasi sebeanr gambar diambil dan boleh merancang untuk melakukan jenayah. Sungguhpun ia belum/tidak pernah berlaku di Malaysia, tapi tidak mustahil ia boleh berlaku juga di dalam negara kita..
Sumber Video dari - Youtube